Wednesday, March 22, 2006

Seminar Undang-undang Keluarga Islam di USM

I came across this posting on USM's website.

----------------------------------------------------

Seminar Undang-undang Keluarga Islam di USM

SEMINAR UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM USM KUPAS PERUNDANGAN KELUARGA DARI PERSPEKTIF WANITA DAN MASYARAKAT

Dalam usaha penyebaran ilmu kepada masyarakat, Universiti Sains Malaysia (USM) akan menganjurkan Seminar Undang-undang Keluarga Islam pada hari Rabu, 29 Mac 2006, jam 9.00 pagi – 1.00 tengahari di Dewan Budaya, USM, Pulau Pinang.

Isteri T.Y.T. Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Y.A.Bhg. Toh Puan Datin Seri Hajah Majimor Shariff akan turut hadir ke seminar berkenaan.

Dengan tujuan untuk memperjelaskan kepada masyarakat mengenai Sistem Perundangan Keluarga Islam, seminar ini akan turut mengupas hak-hak orang ramai melalui pandangan pelbagai pihak termasuk wanita, pengamal perundangan dan kerajaan.

Empat kertas kerja seperti berikut akan dibentangkan di sepanjang seminar berkenaan:

Ø Undang-undang Keluarga Islam: Konteks, Penggubalan & Cabaran oleh Ustaz Hj. Ab. Walid Abu Hasan, Ketua Unit Aspek Syariah, Jabatan Peguam Negara;

Ø Islam, Hak Wanita dan Budaya dalam Penggubalan Undang-undang oleh Pn. Zainah Anwar dari Pertubuhan Sistes of Islam;Ø Undang-undang Keluarga Islam 2005 oleh Pn. Nik Noraini Nik Badlishah dari Pertubuhan Sisters of Islam;

Ø Undang-undang Keluarga Islam: Perspektif Pengamal Undang-undang oleh En. Yuslinov Ahmad, pengamal perundangan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat Perhubungan Alumni di talian:04-653 3115/3113/4359/4307; faks: 04-658 8740 atau e-mel: zamhari@notes.usm.my.

No comments: